Entry: surat ucapan selamat tinggal Monday, July 19, 2004



Terlebih dahulu, aku nak ucapkan ribuan kemafaan diatas kedatangan lembaran usang yang tak pernah diundang ini. apapun aku harap agar u selalu dalam keadaan yang sihat disamping peminat2 yang lain. aku merayu agar warkah ini dibaca hingga habis.. selepas itu, anggaplah kita tak pernah bertemu.. tak pernah berkenalan. kuburkanlah segala kenangan bersama yang telah kita cipta bersama.

Sesungguhnya, terlalu berat rasanya untuk aku menerangkan perkara ini. kalau diikutkan, memang tak samapi hati. tetapi, aku terpaksa! semuanya atas kehendak dan permintaan darimu. memang engkau tak mengatakannya secara terus terang. tetapi cara dan sikap mu cukup jelas! cukup menyakitkan hati!

semenjak berkenalan denganmu, aku selalu teringat akanmu. bila bosan, engkau jadi temanku. bila aku keseorangan, engkau tetap menjadi teman disampingku. setiap hari teringat denganmu! memang mengasyikkan. dari hari ke hari, kita semakin rapat.

tetapi kenapa engkau menipu! engkau tahu aku benci dengan penipuan! engkau janji akan memberikan kebahagian. menggembirakanku! cukup manis janjimu! tetapi semuanya hanya satu penipuan! aku tak menyangka engkau berkelakuan seperti ini.

aku terpaksa meninggalkanmu! aku akan belajar untuk melupakanmu! melupakan kenangan antara kita. perlahan demi perlahan aku akan hapuskan engkau dari hati dan fikiranku. engkau penipu! pembohong! selamat tinggal rokok!..

   2 comments

Boz
July 21, 2004   11:59 AM PDT
 
Boleh.. ambil ajerr... have a nice planning..
cekya
July 21, 2004   09:22 AM PDT
 
boleh pinjam tak isi surat nih?nak bagik kat seorang lagi penipu...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments